LATAR BELAKANG
MPV mula ditawarkan pada tahun 2002 setelah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 23 Jun 1999. Program ini diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran eleketif di sekolah menengah kebangsaan (SMK) untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. MPV terdiri daripada 22 mata pelajaran vokasioanal yang ditawarkan sebagai elektif di SMK seluruh Malaysia.
Murid MPV mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selama dua tahun, iaitu bermula pada Tingkatan 4 dan tamat pada Tingkatan 5. Murid akan menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada akhir Tingkatan 5. Murid akan menerima sijil SPM apabila memenuhi syarat pensijilan SPM dan Sijil Mata Pelajaran Vokasional.
Mesyuarat Kajian Pertengahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 14 Ogos 2014 dan bersetuju supaya KPM melaksanakan penstrukturan semula dan naik taraf MPV yang sedang beroperasi di SMK supaya diiktiraf sebagai Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional.
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-206 pada 11 Mac 2015 telah memutuskan bahawa PVMA dilaksanakan pada tahun 2015 dan diambil kira sebagai enrolmen Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional di bawah Prestasi Pencapaian Utama KPM.
No comments:
Post a Comment